Monday 4 July 2011

Kebosanan itu indah ??

Posted by Oven of Love at 13:50 0 comments




Ermmm semasa blog ini ditulis, aku berada di satu kawasan yg baru..walaupun ianya tidak baru bagi aku untuk berada di sini namun, tugasan yg baru ini membuatkan aku merasa sgt baru dan sudah semestinya apabila menghadapi sesuatu tugasan yg baru dan luar dari my normal scope of work ianya amat membosankan sbb?? owwh sbb aku kena belajar satu persatu..dlm keadaan yg amat blur sekali..

Keadaan tu sama la mcm aku buat kek kat atas tu..dlm keadaan mengantuk dan salah pilih color dan fondant yg aku uli-uli melekat..sakit tangan den ..tapi akhirnya hasilnya cantik sekali..warna biru menjadi menyerlah digandingkan dgn putih..

Ada hikmah la kot kan..setiap kebosanan dan masalah yg didatangkan pada kita?? bosan itu indah...

Friday 1 July 2011

Israj & Mikraj

Posted by Oven of Love at 13:50 0 comments
As-salam,

Rasanya tak terlambat kot kan kalau aku nak ucapkan selamat menyambut Israj & Mikraj kepada seluruh umat Islam khasnya kepada pembaca blog aku ni (errr ada ke org baca gamaknya??). Dua-tiga hari ni aku sibuk sgt..meeting tak abis-abis sejak 26hb. Jun sampai la hari ni...ni pun time lunch baru la boleh mentitiskan ucapan Israj & Mikraj pada korang sume..sibuk gile oo aku keh keh keh..kira kalau aku takde kat opis ni mau runtuh company ni tak pun bangunan ni runtuh hahahaha...

Ok berbalik pada Israj & Mikraj..pada hari tersebut, boss kat opis aku ni buat la aktiviti menyambut perayaan tu dgn adakan ceramah agama so kami panggilla satu ustaz yg bernama Ustaz Shaadan Suleiman.  Best gak ustaz ni tau, jadik secara ringkasnya aku nak share la ngan korang ttg apa yg telah disampaikan oleh Ustaz tu pada hari tersebut.

Israj & Mikraj ialah hari kejadian di mana hati Nabi Muhammad SAW telah dibersihkan dgn air zam-zam dan beberapa perkara lagi..dipendekkan cerita, tujuan pembersihan hati Nabi Muhammad SAW itu ialah utk memberitahu kepada kita bahawa segala-galanya berpunca dan bertitik tolak dari hati...hati yg bersih membawa kepada keharmonian & ketenangan serta keberkatan hidup. Lagi satu, kejadian Israj & Mikraj juga bermulanya ibadah sembahyang bagi umat Nabi Muhammad SAW...dari 20 rakaat kini menjadi 5 tapi yg 5 itu pun susah utk dikerjakan oleh kita org Islam.  Dari sembahyanglah kita mendapat keberkatan hidup dan mampu mengelakkan perkara-perkara yg mungkar.  Sebagai org Islam kita wajar mengambil iktibar di atas kejadian Israj & Mikraj..jgn hanya pandai berkata-kata tapi tidak pula kita mengerjakannya.  Ustaz kata lagi, untuk mendapat hati yg bersih makanan dan segala tindak tanduk kita perlu bersih..dan utk mendapatkan makanan yg bersih, kita perlu mengusahakannya..bukannya bergantung idup pada bangsa lain...itu la sedikit sebanyak apa yg aku dpt semasa ceramah tersebut utk dikongsikan bersama semoga ianya mendapat keberkatan Ilahi.

cewah..baekkan aku keh keh keh...akhir kalam, layan je la gambo kek aku ni..kalau nak ode tipon je ok??



Owh! cupcakes ini ditempah oleh student Kolej Matrikulasi Perak utk birthday kwn mereka....
 

Oven Of Love Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles | Best Cash Back Credit Card Image by Tadpole's Notez