Friday, 2 September 2011

Salam Aidilfitri

Posted by Oven of Love at 15:21
Salam Aidilfitri utk semua readers & customers...dah lama kan tak update blog ni..dah berabuk rasanya..dek kerana kesibukan tugas yg menuntut aku utk meninggalkan rumah ni buat sekelian lama ..namun begitu syukur hari ini masih sempat lagi mencuri sekelumit waktu utk berceloteh sepatah dua kata. 

Seronokkan raya?? eemmm tapi rasanya Aidilfitri & Ramadhan dua-dua seronok...dua bulan ini mmg special kan? Ramadhan ada keunikannya sendiri begitu juga Aidilfitri..Ramadhan menguatkan kesabaran dan keimanan..Aidilfitri pula mengeratkan perpaduan ummah...best!! Semoga kita semua akan dipertemukan lagi dgn kedua-duanya di tahun-tahun yg mendatang dan semoga kita diberikan kekuatan dan keimanan yg lebih mantap di tahun-tahun itu.

Ok, seperti tahun-tahun yg lalu...raya & ramadhan aku disambut seadanya...namum bezanya tahun ini aku sambut sebagai baker yg mengambil tempahan utk biskut raya & kek ...penat weih!! kalau fulltime tu lain gamaknya tapi sbb part timers lebih penat tambahan lagi masa tu la boss pulak suruh aku buat kerja luar..adehhh..tapi tu semua cabaran sebagai part time bakers dan hasilnya yess!! walaupun aku tak ambik byk tempahan tahun ini tapi cukup membanggakan ;) I am so proud of myself :)).

so layan la ye gambar-gambar yg dah brp kurun aku tak update...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin - ikhlas dari oven of love ;).


Ni kek buttercake with buttercream frosting - kalau nak ode bgtau ye??

0 comments on "Salam Aidilfitri"

Post a Comment

 

Oven Of Love Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Blogger Styles | Best Cash Back Credit Card Image by Tadpole's Notez